Ahad, 30 Oktober 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara!

Ya Allah! Baru sahaja saya menambah petikan ringkas dan Datuk Lee Chong Wei dapat menundukkan K. Tago dari Jepun 21-16 21-11. Apa-apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya tidak akan mengubahsuai dan tidak mendaftar masuk blog saya ini dari hari ini hingga hari Khamis kerana saya akan bercuti! Sekian, Wassalam!

Badminton Terbuka Peranchis 2011

Assalamualaikum, para blogger. Setelah berminggu-minggu kita bersembang tentang Piala Malaysia 2011, akhirnya, Negeri Sembilan FA telah meangkul juara dalam aksi penutup tirai Piala Malaysia edisi ke-44. Kini, Datuk Lee Chong Wei pula menggantikan peminat sukan tanah air dengan mewakili Malaysia bertanding dalam pertandingan ini hingga ke peringkat akhir dengan menewaskan Juara Terbuka Denmark 2011, Cheng Long dari China.
Beliau terus melangkah ke pusingan akhir bersemuka dengan K. Tago dari Jepun. Adakah Datuk Lee Chong Wei mampu menundukkan pemain yang tangkas dari Jepun ini? Sama-samalah kita bergading bahu memberi sokongan padu dengan menonton perlawanan akhir di kaca televisyen. Baiklah, sekian sahaja petikan ringkas saya ini. Sekian, Wassalam.

Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan FA Juara!

Assalamualaikum, para blogger. Kali ini ialah kali pertama saya mengubahsuai blog saya ini. Selalunya, saya ubah suai blog saya pada siang hari dan kali ini pula pada larut malam. Apo nak di kato (Dialek Minangkabau (Etnik di Negeri Sembilan)). Apa-apapun Skuad Rusa telah berjaya menundukkan Skuad Penyu hasil jaringan S. Kunalan dan Penjaring Terbanyak & Pemain Terbaik pada malam ini, Hai-O (Hairuddin Omar).
Sebagai imbasan, anak-anak buah Irfan Bakti telah menjaringkan satu gol pada babak pertama namun mereka tidak mampu bertahan lama apabila Skuad Hobin Jang Hobin menjaringkan gol pertama hasil sepakan jauh S. Kunalan yang terkena penjaga gol Terengganu FA, Mohd Sharbinee Allawee. Ia telah membakar semangat Negeri Sembilan FA untuk menjaringkan satu gol dalam masa 5 minit.
Saya amat kagum dengan jaringan gol Hai-O melalui sepakan lipat atau dikenali dengan akrobatik. Pada pandangan saya, pemain-pemain Terengganu FA telah mempamerkan aksi yang terbaik yang disaksikan oleh penyokong dan peminat dari negeri Pantai Timur tidak lupa juga DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang turut memberi sokongan terhadap negeri baginda.
Sebagai konklusi, kepada penyokong dan peminat Terengganu FA, teruskan sokongan anda terhadap pasukan kesayangan anda dan kepada pejuang-pejuang Terengganu FA, teruskan usaha anda dan janganlah berputus asa kerana pada tahun hadapan, anda semua Insyallah akan bersaing kembali bagi memdapatkan Piala Malaysia demi negeri yang tercinta sejak sekian lama tidak memperoleh piala tersebut.
Kepada orang-orang Negeri Sembilan, syabas kerana digelar juara. Baiklah, sekian sahaja ulasan saya pada pagi ini. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang tidak baik datang daripada saya sendiri. Mohon maaf atas segala ketidaksopanan saya dan terkasar bahasa. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Sekian, Wassalam.