Sabtu, 12 November 2011

Malaysia Juara Piala Hoki Sultan Johor (2011)

Assalamualaikum, para blogger dan salam sukan. Pada malam ini, Pasukan Hoki 19 Tahun Malaysia telah memenangi Piala Hoki Sultan Johor edisi pertama dengan menundukkan Australia 3 - 2. Keseluruhan perlawanan ini begitu sengit dengan asakan kedua-dua pasukan dan juga beberapa cubaan gol Australia di hadapan pintu gol Malaysia yang ditempis oleh penjaga gol kebangsaan.
         Sebelum ini, Malaysia telah ditewaskan oleh Australia dalam Piala Sultan Azlan Shah yang lalu namun kekalahan tersebut telah membakar semangat pemain-pemain hoki kebangsaan untuk merangkul sebagai juara Piala Hoki Sultan Johor ini. Saya berharap agar sukan hoki bekembang maju dan kedudukan pasukan Malaysia meningkat di peringkat antarabangsa. Hidup Malaysia! Sekian, Wassalam.

Bola Sepak : Sukan SEA ke-26 (2011) [Palembang / Jakarta , Indonesia]

Assalamualaikum, pembaca blog sekalan. Setelah lama saya bercuti, kini saya kembali fokus kepada menulis blog dan kini Sukan SEA telah mula berlangsung. Apa-apapun, Malaysia sudah mengumpul 4 mata iaitu seri 0 - 0 dengan Singapura dan menang ke atas Thailand 2 - 1. Walaupun berada di kumpulan maut, Malaysia mesti menang ke atas Kemboja (Cambodia) dengan menyumbat gol yang banyak.
         Sama-samalah kita, penyokong pasukan tanah air yang berada di Malaysia menyaksikan perlawanan ini pada esok hari jam 5 petang. Jangan tonton perlawanan bola sepak sahaja, tonton jugalah acara-acara lain yang disertai atlet-atlet Malaysia yang disiarkan di peti televisyen di rumah anda. Baiklah, sekian sahaja, Wassalam.

Ahad, 30 Oktober 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara!

Ya Allah! Baru sahaja saya menambah petikan ringkas dan Datuk Lee Chong Wei dapat menundukkan K. Tago dari Jepun 21-16 21-11. Apa-apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya tidak akan mengubahsuai dan tidak mendaftar masuk blog saya ini dari hari ini hingga hari Khamis kerana saya akan bercuti! Sekian, Wassalam!

Badminton Terbuka Peranchis 2011

Assalamualaikum, para blogger. Setelah berminggu-minggu kita bersembang tentang Piala Malaysia 2011, akhirnya, Negeri Sembilan FA telah meangkul juara dalam aksi penutup tirai Piala Malaysia edisi ke-44. Kini, Datuk Lee Chong Wei pula menggantikan peminat sukan tanah air dengan mewakili Malaysia bertanding dalam pertandingan ini hingga ke peringkat akhir dengan menewaskan Juara Terbuka Denmark 2011, Cheng Long dari China.
Beliau terus melangkah ke pusingan akhir bersemuka dengan K. Tago dari Jepun. Adakah Datuk Lee Chong Wei mampu menundukkan pemain yang tangkas dari Jepun ini? Sama-samalah kita bergading bahu memberi sokongan padu dengan menonton perlawanan akhir di kaca televisyen. Baiklah, sekian sahaja petikan ringkas saya ini. Sekian, Wassalam.

Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan FA Juara!

Assalamualaikum, para blogger. Kali ini ialah kali pertama saya mengubahsuai blog saya ini. Selalunya, saya ubah suai blog saya pada siang hari dan kali ini pula pada larut malam. Apo nak di kato (Dialek Minangkabau (Etnik di Negeri Sembilan)). Apa-apapun Skuad Rusa telah berjaya menundukkan Skuad Penyu hasil jaringan S. Kunalan dan Penjaring Terbanyak & Pemain Terbaik pada malam ini, Hai-O (Hairuddin Omar).
Sebagai imbasan, anak-anak buah Irfan Bakti telah menjaringkan satu gol pada babak pertama namun mereka tidak mampu bertahan lama apabila Skuad Hobin Jang Hobin menjaringkan gol pertama hasil sepakan jauh S. Kunalan yang terkena penjaga gol Terengganu FA, Mohd Sharbinee Allawee. Ia telah membakar semangat Negeri Sembilan FA untuk menjaringkan satu gol dalam masa 5 minit.
Saya amat kagum dengan jaringan gol Hai-O melalui sepakan lipat atau dikenali dengan akrobatik. Pada pandangan saya, pemain-pemain Terengganu FA telah mempamerkan aksi yang terbaik yang disaksikan oleh penyokong dan peminat dari negeri Pantai Timur tidak lupa juga DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang turut memberi sokongan terhadap negeri baginda.
Sebagai konklusi, kepada penyokong dan peminat Terengganu FA, teruskan sokongan anda terhadap pasukan kesayangan anda dan kepada pejuang-pejuang Terengganu FA, teruskan usaha anda dan janganlah berputus asa kerana pada tahun hadapan, anda semua Insyallah akan bersaing kembali bagi memdapatkan Piala Malaysia demi negeri yang tercinta sejak sekian lama tidak memperoleh piala tersebut.
Kepada orang-orang Negeri Sembilan, syabas kerana digelar juara. Baiklah, sekian sahaja ulasan saya pada pagi ini. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang tidak baik datang daripada saya sendiri. Mohon maaf atas segala ketidaksopanan saya dan terkasar bahasa. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Sekian, Wassalam.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : Akhir (Tempat Lawan)

Assalamualaikum, para pembaca blog sekalian. Mohon maaf atas kesilapan di bahagian 'Hitungan Hari...' yang telah dipaparkan sejak sekian lama. Sebenarnya, tempat yang diadakan perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 akan diadakan di Stadium Shah Alam. Sekali lagi mohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan oleh saya. Sekian, harap maklum, Wassalam.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hari-hari Sekolah

Assalamualaikum, para blogger. Mengikut janji saya semalam saya ingin berkongsi pengalaman ketika tidak membaik pulih blog saya ini. Ketika itu, saya amat sibuk dengan hal di sekolah saya. Antara program yang diadakan ialah Bengkel Pengurusan Jenazah, Ibadah Qurban, Kursus Haji, bermain bowling di Sunshine Square, Bayan Baru, Futsal di Gelugor dan Jungle Tracking di Taman Negara di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Aktiviti-aktiviti tersebut banyak memberi pengalaman yang manis dan ilmu yang bermanfaat bagi saya. Pertama sekali, Bengkel Pengurusan Jenazah diadakan di surau sekolah saya. Bengkel ini diadakan selama dua hari dan melibatkan cara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan (Solat Jenazah) dan menanamkan jenazah. Bengkel tersebut dikelolakan oleh seorang pesara yang kini bekerja sebagai pengurus jenazah. 
Keesokan harinya, saya menyertai Kursus Sembelihan & Ibadah Haji. Dalam aktiviti sembelihan, saya telah berjaya menyembelih tiga ekor ayam dan aktiviti ini dapat menghilangkan rasa takut saya terhadap darah (saya sebenarnya takut darah) dan menyembelih haiwan. Aktiviti ini dikelolakan oleh ustaz sekolah saya dan ia dijalankan selama 3 jam.
Selepas aktiviti sembelihan, kami (para pelajar) berehat dan seterusnya menuju ke surau untuk mendengar ceramah tentang ibadah haji. Selepas mendengar ceramah, pelajar-pelajar Tingkatan 3 termasuk saya diajar cara memakai ihram dan kami bersama-sama pelajar-pelajar Tingkatan 1 & 2 bergerak menuju ke padang untuk menjalankan demo tawaf.
Kami dikehendaki memusing ka'bah buatan sebanyak 7 kali dan penceramah mengajar kami cara-cara dan pantang larang ketika memakai ihram. Antaranya, tidak boleh membuka ihram selagi ibadah haji kita tidak sempurna dan dilarang memotong kuku yang panjang. Walaupun keadaan di tengah-tengah padang panas terik, tetapi kami seronok mendapat ilmu sebergini sejak muda-muda lagi.
Pada hari Isnin yang lalu, kami dibawa pihak sekolah ke Sunshine Square di Bayan Baru untuk bermain bowling. Walaupun, saya pernah dua kali bermain permainan ini bersama keluarga saya, tetapi saya seronok kerana dapat membantu rakan dengan mengajar mereka cara bermain dengan betul dan bermain dengan rakan-rakan yang selama ini kami tidak pernah bermain bowling bersama-sama.
Pada hari Selasa, kami ke Gelanggang Futsal Gelugor untuk bermain futsal. Kami dibahagikan dua kumpulan setiap kelas maka terdapat 10 kumpulan yang bertanding dalam perlawanan futsal (Tingkatan 3 di sekolah saya mempunyai 5 buah kelas). Saya menyertai kumpulan pertama kelas saya bersama rakan-rakan yang lain dan kami telah memperoleh tempat ke-4.
Pada hari Khamis lepas, kami menaiki dua buah bas menuju ke Taman Negara, Teluk Bahang. Setibanya di sana, kami bergambar berlatarbelakangkan pemandangan laut yang begitu indah. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh dua orang pemandu pelancong (kami ini pelancong) sebelum memasuki Taman Negara. Kami mendaki bukit dan menuruni lembah di dalam taman itu kira-kira 2 jam setengah.
Akhirnya, kami tiba di sebuah pantai yang indah dan bersih iaitu Pantai Keracut. Pantai tersebut terletak di sebelah barat laut Pulau Pinang dan ia merupakan pantai yang dijaga rapi oleh Pegawai Taman Negara. Pada pendapat saya, pantai tersebut merupakan pantai yang tercantik dan yang paling bersih daripada pantai di Batu Feringgi. Ketika berada di sana, kami bergambar dan makan tengah hari sambil menghirup udara yang segar dan nyaman.
Pada pukul 1:30 tengah hari, kami pulang ke Teluk Bahang dengan menaiki bot. Ketika inilah kami mendapat nikmat Allah SWT dengan angin yang segar lagi laju. Konklusinya, program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah khususnya kepada kami pelajar Tingkatan 3 mempunyai banyak faedah dan boleh menenangkan minda dan akal fikian kami dan juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang munasabah ini.
Sekian sahaja pengalaman saya yang ingin dikongsikan kepada anda. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang tidak baik datang daripada saya sendiri. Mohon maaf atas kesilapan saya dan ketidak ubahsuaian blog saya ini. Sekian, Wassalam.

Khamis, 27 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : Terengganu FA lwn Negeri Sembilan FA (Akhir)

Assalamualaikum, para pembaca blog yang arif dan bijaksana. Sudah lama kita tidak bersua. Ini kerana saya ada hal penting iaitu hari sekolah walaupun saya sudah menamatkan PMR. Kalau dihitung hari tinggal sehari sahaja lagi Pusingan Akhir Piala Malaysia akan berlangsung.
Mengikut reaksi saya, saya berasa sedih kerana pasukan kegemaran saya iaitu Kedah FA telah terkandas dalam Kumpulan A. Namun, saya tetap gembira kerana kedua-dua pasukan yang layak ke pusingan penentuan ini betul-betul bersedia.
Saya berharap agar Skuad Penyu mahupun Skuad Rusa tidak bermain kasar menjelang perlawanan akhir ini. Kepada penyokong dan peminat kedua-dua buah pasukan, saya juga memohon kerjasama kita sebagai rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan kekacauan ketika perlawanan dan habis perlawanan.

Sekian sahaja harapan saya, saya juga tidak ada idea untuk berbincang pada malam ini. All the best! Sekian, Wassalam.

Rabu, 19 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : (Separuh Akhir)

Assalamualaikum, para blogger sekalian. Seperti yang kita tahu, kedua-dua perlawanan pertama pusingan ini diakhiri dengan keputusan yang mengejutkan iaitu Selangor FA ditundukkan oleh Terengganu FA 0 - 2 di halaman sendiri manakala Negeri Semblian FA mengecewakan T-Team FC di tempat lawan 2 - 4. Namun, kedua-dua kemenangan tersebut jatuh ke pihak pelawat dan perbezaan gol antara kedua-dua pasukan dalam setiap perlawanan ialah 2 mata.
Jadi, apa yang hendak dikupaskan ialah rentak permainan pihak pelawat yang lebih gah daripada tuan rumah. Pertama sekali, Skuad Penyu telah menunjukkan taringnya dengan menjaringkan 2 gol pada awal separuh masa pertama manakala Skuad Nergi menjaringkan 3 gol pada 45 minit pertama dan satu gol pada separuh masa kedua. Skuad Penyu Muda, T-Team FC hanya mampu menjaringkan 2 gol tetapi terpaksa akur dengan kehebatan Negeri Sembilan FA. Ini kerana pasukan pelawat telah menunjuk gah dengan kehadiran Hairuddin Omar atau Hai-O.
Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut dan berjaya menduduki tempat pertama untuk merebut gelaran Penjaring Terbanyak atau Top Scorrer dalam Piala Malaysia kali ini. Namun, Skuad Penyu juga mempunyai penjaring terbanyak dan mampu bersaing dengan Hai-O iaitu, Mohd Ashaari Shamsuddin. Mereka berdua telah mengalahkan Mohd Kyril Muhymeen Zambri dari Kedah FA yang telah mengumpul jumlah gol sebanyak 6 gol.
Apa-apapun, para penyokong dan peminat The Red Giants dan Penyu Muda sokonglah dan berikan sokongan kepada pasukan yang dicintai. Tidak lupa juga kepada para pemain Selangor FA dan T-Team FC, berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk membenamkan pasukan lawan. Kepada Terengganu FA dan Negeri Sembilan FA, bersedialah dan janganlah berasa selesa dengan kedudukan dalam pusingan ini. Tambahan lagi, para penyokong pasukan yang tidak terlibat, sokonglah pasukan yang sedang bersaing ini!
Semoga para blogger saksikan perlawanan timbal-balik Separuh Akhir Piala Malaysia 2011 di stadium mahupun di kaca televisyen di rumah anda. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang buruk datang daripada saya sendiri. Oleh itu, maaflah jika saya terbuat silap dan salah, terkasar bahasa dan lain-lain. Sekian, Wassalam.

Selasa, 18 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011: Selangor FA lwn Terengganu FA (Separuh Akhir)

Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Apa khabar? Hari ini 18 Oktober 2011 akan diadakan perlawanan antara The Red Giants dengan Skuad Penyu. Sebagai imbasan, Skuad Penyu telah menjinakkan Skuad Kijang atau dikenali sebagai The Red Warriors dalam aksi Suku Akhir Piala Malaysia 2011 dan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan berikutnya dan akan bertemu dengan Selangor FA pada aksi pertama Separuh Akhir Piala Malaysia 2011.
Pasukan Selangor FA atau dikenali sebagai The Red Giants telah menundukkan Skuad Seladang iaitu Perak FA dengan mudah dan membawa harapan agar memenangi Piala Malaysia 2011. Kemungkinan besar pada malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi tumpuan penyokong Selangor FA dan Terengganu FA. Ia berikutan dengan kekuatan kedua-dua pasukan kerana The Red Giants telah memenangi banyak kali dalam Piala Malaysia manakala Skuad Penyu pula baru sahaja memenangi Piala FA pada tahun ini.
Pada pandangan saya, kedua-dua pasukan ini mampu bersaing dalam pusingan Separuh Akhir dengan sengit kerana tonggak-tonggak utama pasukan tersebut telah mewakili Malaysia ke peringkat global. Apa-apapun kepada penyokong kedua-dua pasukan ini berdoalah demi kejayaan dan kemenangan. Sekian, Wassalam.

Sabtu, 15 Oktober 2011

EA FIFA Superstars

Assalamualaikum, sahabat blogger. Dalam masa yang terluang selain membaca buku dan lain-lain bacaan, saya juga main permainan komputer dalam talian atau dikenali dalam era globalisasi ini iaitu online. Ada seketika saya bermain permainan ini dalam sebuah rangkaian atau laman web sosial iaitu Facebook. Permainan yang dijadikan tajuk ini menguji minda anda sebagai pengurus kelab bola sepak sendiri.
Antara perkara penting yang anda perlu tahu ketika bermain permainan ini ialah memberi latihan kepada pemain-pemain kelab anda, menyertai liga-liga profesional seperti Liga Perdana Inggeris (Barclays Premier League), Liga Itali (Serie A), Liga Sepanyol (La Liga BBVA) dan lain-lain. Selain itu, anda boleh melawan rakan anda melalui perlawanan persahabatan antara kelab anda dengan kelab rakan anda. Akhir sekali, saya harap anda semua mencuba permainan ini. Wassalam & Selamat Mencuba!

Kelantan FA

Assalamualaikum, para pembaca blog. Macam mana dengan perlawanan timbal balik Suku Akhir Piala Malaysia 2011 antara Kelantan FA dengan Terengganu FA di laman Kelantan (Stadium Sultan Muhammad - IV)? Agaknya, penyokong dan peminat Kelantan FA terpaksa akur dengan keputusan seri iaitu 2 - 2 namun Kelantan FA tersingkir akibat aggregat Terengganu FA yang lebih banyak daripada Kelanan FA iaitu 5- 3.
Secara umumnya, pemain-pemain Kelantan FA telah menunjukan belang pada minit-minit awal di babak pertama namun satu demi satu cubaan tidak memasuki gawang Terengganu FA. Walau bagaimanapun, hasil usaha keras dan kerapuhan barisan pertahanan Kelantan FA, pasukan pelawat telah berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama. Pasukan tuan rumah juga berusaha unuk menjaringkan gol dan bejaya tetapi pengadil membatalkan gol tersebut atas alasan kedudukan pemain Kelantan FA ialah offside.
Pada 45 minit yang seterusnya, para pemain The Red Warriors telah berusaa untuk memperoleh gol namun setiap usaha juga tidak berbuah sehingga ketua pasukan Terengganu FA dipersalahkan kerana tangannya terkena bola dan Kelantan FA dihadiahkan dengan sepakan penalti. Sepakan penalti tersebut telah menambahkan mata pasukan tuan rumah dan kedudukan ersebut kekal sehingga wisel penamat.
Oleh itu, kepada rakan-rakan penyokong setia Terengganu FA atau dikenali dengan Skuad Penyu, tahniah diucapkan dan kepada penyokong setia The Red Warriors, sokong lagi pasukan anda, jangan tak sokong. Sekian sahaja ulasan saya, segala kebaikan dan kelebihan datang daripada Allah SWT dan segala keburukan datang daripada saya sendiri. Sekian, Wassalam.

Khamis, 13 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011: Kelantan FA lwn Terengganu FA (Suku Akhir)

Assalamualaikum, para blogger. Apa khabar? Hari ini akan saya maklumkan bahawa perlawanan antara Kelantan FA dengan Terengganu FA akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad-IV lebih dikenali dengan The Red Warriors Stadium pada jam 8:45 PM. Para pembaca mungkin hairan mengapa saya ingin mengambil tahu lebih lanjut tentang perlawanan tersebut kerana kedua-dua pasukan kegemaran pantai timur adalah pasukan yang bermusuhan atau dikenali sebagai rivality.
Mengikut keputusan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan FA dengan Terengganu FA di Stadium Putra Bukit Jalil, bahawa Terengganu FA telah dinobatkan sebagai juara dalam piala tersebut. Kita dimaklumkan bahawa The Red Warriors telah menunjukkan prestasi yang terbaik sehingga minit yang terakhir perlawanan, namun mereka tumpas disebabkan kealpaan pemain Kelantan FA yang telah menjaringkan gol sendiri ketika aksi tersebut.
Selain itu, pasukan Kelantan FA juga telah tewas dalam aksi menentang pasukan Terengganu FA dalam perlawanan pertama Suku Akhir Piala Malaysia 2011 di laman Terengganu. Jadi, pandai-pandailah kita menilai dan sama-samalah kita menyaksikan perlawanan antara Kelantan FA dengan Terengganu FA akan berlangsung esok hari di laman Kelantan. Sekian, Wassalam.

Rabu, 12 Oktober 2011

Pasukan Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum, para pembaca blog sekalian. Apa khabar? Saya ingin berkongsi tentang tajuk di atas dan pertama sekali nawaitu saya bukan untuk mengutuk dan menghina tetapi ingin memberikan cadangan. Seperti mana yang kita maklumkan, pemain-pemain bola sepak yang mewakili tanah air kita ke peringkat global telah menunjukkan prestasi yang terbaik untuk memenangi beberapa perlawanan (persahabatan mahupun pertandingan).
Tetapi apakah daya, kebanyakan perlawanan antarabangsa telah mereka tewas kepada pihak lawan. Tambahan lagi, Malaysia tidak dapat melangkah ke pusingan berikutnya dalam Piala Dunia 2014 & Olimpik 2012. Ini kerana, pada pendapat saya, pasukan bola sepak Malaysia telah membuat perkara ralat iaitu niat atau nawaitu.
Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa mereka ingin menimba pengalaman sedangkan perlawanan persahabatan, (Malaysia lwn [kelab-kelab Liga Perdana Inggeris: Liverpool, Arsenal & Chelsea] & Australia) mereka sewajarnya mengubah niat mereka untuk berlawan demi mengharumkan imej bola sepak Malaysia dan juga menawan hati para penonton dan peminat setia pasukan tanah air yang dicintai.
Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas kekasaran bahasa saya atau ketersinggungan rasa dan hati kepada semua pihak terutama sekali barisan pasukan bola sepak Malaysia an para penyokong, peminat dan juga pembaca blog. Sekian, wassalam.

Kedah FA

Assalamualaikum, para sahabat pembaca blog. Pada masa ini, saya ingin berkongsi maklumat tentang minat saya. Sejak akhir-akhir ini, saya telah menemui minat yang baharu dalam industri sukan iaitu bola sepak (tidak kira dalam Malaysia mahupun luar negara). Kalau diikutkan sekarang, Malaysia sedang mengalami musim Piala Malaysia dan pasukan kegemaran saya iaitu Kedah FA telah menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan ekoran ketidakperhatinan pengadil yang mengadili perlawanan antara Kedah FA dengan Perak FA.
Ekoran kejadian tersebut, para penyokong setia Kedah FA terutama sekali saya amat kecewa di atas kejadian pada malam tersebut. Apa-apapun kita terpaksa menerima hakikat dan redha kepada Allah SWT. Setiap pertandingan ada menang ada kalah dan ada maju ada mundur. Oleh itu, marilah sama-sama kita (penyokong Kedah FA) mendoakan kemajuan pasukan kesayangan kita dan tidak lupa juga kejayaan pasukan lain yang bertarung demi Piala Malaysia.

Lamanya...

Assalamualaikum, pembaca blog sekalian. Sudah lama saya tidak mengubahsuai blog saya ini kerana saya lebih menumpukan perhatian kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Alamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar dan saya Insyaallah akan bersama dengan kamu semua sehingga pembukaan sekolah pada tahun 2012.

Kalau ada apa-apa yang ingin dikomen, sila hantarkan komentar anda ke alamat web berikut:

aimanhamzah_skbg2020@yahoo.com.