Rabu, 19 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : (Separuh Akhir)

Assalamualaikum, para blogger sekalian. Seperti yang kita tahu, kedua-dua perlawanan pertama pusingan ini diakhiri dengan keputusan yang mengejutkan iaitu Selangor FA ditundukkan oleh Terengganu FA 0 - 2 di halaman sendiri manakala Negeri Semblian FA mengecewakan T-Team FC di tempat lawan 2 - 4. Namun, kedua-dua kemenangan tersebut jatuh ke pihak pelawat dan perbezaan gol antara kedua-dua pasukan dalam setiap perlawanan ialah 2 mata.
Jadi, apa yang hendak dikupaskan ialah rentak permainan pihak pelawat yang lebih gah daripada tuan rumah. Pertama sekali, Skuad Penyu telah menunjukkan taringnya dengan menjaringkan 2 gol pada awal separuh masa pertama manakala Skuad Nergi menjaringkan 3 gol pada 45 minit pertama dan satu gol pada separuh masa kedua. Skuad Penyu Muda, T-Team FC hanya mampu menjaringkan 2 gol tetapi terpaksa akur dengan kehebatan Negeri Sembilan FA. Ini kerana pasukan pelawat telah menunjuk gah dengan kehadiran Hairuddin Omar atau Hai-O.
Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut dan berjaya menduduki tempat pertama untuk merebut gelaran Penjaring Terbanyak atau Top Scorrer dalam Piala Malaysia kali ini. Namun, Skuad Penyu juga mempunyai penjaring terbanyak dan mampu bersaing dengan Hai-O iaitu, Mohd Ashaari Shamsuddin. Mereka berdua telah mengalahkan Mohd Kyril Muhymeen Zambri dari Kedah FA yang telah mengumpul jumlah gol sebanyak 6 gol.
Apa-apapun, para penyokong dan peminat The Red Giants dan Penyu Muda sokonglah dan berikan sokongan kepada pasukan yang dicintai. Tidak lupa juga kepada para pemain Selangor FA dan T-Team FC, berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk membenamkan pasukan lawan. Kepada Terengganu FA dan Negeri Sembilan FA, bersedialah dan janganlah berasa selesa dengan kedudukan dalam pusingan ini. Tambahan lagi, para penyokong pasukan yang tidak terlibat, sokonglah pasukan yang sedang bersaing ini!
Semoga para blogger saksikan perlawanan timbal-balik Separuh Akhir Piala Malaysia 2011 di stadium mahupun di kaca televisyen di rumah anda. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang buruk datang daripada saya sendiri. Oleh itu, maaflah jika saya terbuat silap dan salah, terkasar bahasa dan lain-lain. Sekian, Wassalam.