Ahad, 13 Jun 2010

Piala Dunia FIFA 2010 (Afrika Selatan)

Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA yang ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia sedang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dilangsungkan di sesebuah negara di Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari benua Afrika.