Ahad, 17 Februari 2013

Nikmat

Assalamualaikum, salam sejahtera! Kita sudah biasa mendengar perkataan 'nikmat' namun sebahagian daripada kita tidak memahami apa di sebalik perkataan tersebut.
          Sebenarnya, nikmat terbahagi kepada dua iaitu nikmat kecil dan nikmat besar. Nikmat kecil mudah kita dapat seperti mendapat hadiah, memperoleh bantuan daripada orang lain dan lain-lain. Walaupun nikmat kecil ini sudah biasa kita peroleh, namun jangan lupa, kita mestilah bersyukur kepada Allah SWT kerana bagindalah yang Maha pemurah dan Maha penyayang yang sentiasa memberi nikmat kepada kita.
          Selain itu, nikmat yang besar ialah nikmat yang sukar untuk kita jaga dan mudah kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Contoh nikmat besar termasuklah nikmat Iman, Islam serta nikmat menjadi umat Rasulullah SAW. Cara-cara untuk kita mensyukuri nikmat-nikmat kecil mahupun besar ialah dengan melaksanakan perintah Allah SWT serta meninggalkan larangan Allah SWT. Sekian, wassalam.

Ahad, 10 Februari 2013

Cinta

Assalamualaikum, apa khabar saudara dan saudari pembaca blog. Saya akan berkongsi dengan anda semua tentang cinta. Cinta, perkara yang selalu didengari oleh kita semua. Sama ada cinta sesama manusia mahupun harta benda dan kepada tuhan masing-masing. Baiklah, saya mengajak anda semua agar bercinta kepada lima perkara iaitu:

  1. Allah SWT
  2. Rasulullah SAW
  3. Ibu Bapa
  4. Ummah
  5. Kecemerlangan
          Saya tidak tahu adakah anda semua telah mengetahui cinta lima perkara ini ataupun tidak. Namun, kita sepatutnya mencintai lima perkara ini. Cinta yang utama ialah cinta kepada Allah SWT. Jikalau kita mengabaikan cinta ini, maka seluruh perbuatan kita tidak diredhai Allah SWT oleh sebab bagindalah yang menciptakan kita semua ini.

          Selain itu, cinta kepada Rasulullah SAW perlu ada pada kita. Walaupun Rasulullah SAW telah wafat, namun segala perjuangan baginda telah menyebabkan kita semua lahir dalam Islam dan In Sha Allah kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT kerana Rasulullah SAW sangat menyayangi umat baginda iaitu kita semua.
          Cinta kepada ibu bapa kadangkala dilupai oleh kita disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah, sibuk dengan kerjaya masing-masing, keluarga masing-masing dan lain-lain faktor. Akan tetapi, ibu bapalah yang melahirkan kita dan menjadikan kita semua orang yang berjaya. Mereka telah bersusah payah mengorbankan tenaga, masa, wang semata-mata untuk membesarkan kita semua.
          Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata bahawa jika kita tidak mengakibatkan ibu bapa kecil hati kepada kita, kita akan tergolong dalam golongan anak derhaka. Oleh itu, mencintai ibu bapa ketika mereka hidup mahupun meninggal dunia perlu kita lakukan. Jangan sesekali kita menjadi anak derhaka yang juga tergolong dalam golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka 'Jahanam'.
          Di samping itu, cinta kepada ummah bermaksud mencintai antara satu sama lain. Contohnya, kita mencintai saudara-saudara Islam kita di mana-mana sahaja. Kita boleh membantu mereka yang susah seperti menghulurkan bantuan kewangan, makanan dan lain-lain. Selain itu, kita juga boleh mendoakan mereka yang ditindas oleh orang-orang zalim yang tidak boleh dibantu dengan diri sendiri.
          Islam juga menegaskan bahawa kita mestilah mencintai kecemerlangan kita. Hal ini kerana, Islam mengajak kita agar berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, saudara dan saudari sekalian, marilah kita sama-sama mencintai lima perkara ini demi menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sekian, wassalam.

Sabtu, 9 Februari 2013

Jangan Bersedih...

Assalamualaikum, salam sejahtera. Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda tentang perasaan sedih. Perasaan ini sering berlaku kepada kita disebabkan kehilangan sesuatu yang kita suka. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat ke-40:
إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
          Oleh itu, kita diingatkan agar jangan bersedihan kerana bersedih melambangkan kelemahan kita. Seharusnya, kita mesti kuatkan diri dengan mendekati Allah SWT dengan membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain yang boleh menenangkan jiwa kita. Semoga kita semua beramal! Sekian, wassalam.

Jumaat, 8 Februari 2013

Niat

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog yang dirahmati Allah SWT. Selamat bercuti kepada sesiapa yang ingin bercuti dan selamat beristirehat kepada sesiapa yang ingin beristirehat. Pada hari ini, marilah sama-sama kita berniat sebelum melakukan sesuatu dengan niat yang baik. Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda:
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Maksudnya:
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih,”.
          Oleh itu, kita semua mestilah berniat dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara kerana tanpa niat tidak ada hala tuju kita. Sekian, wassalam.