Selasa, 18 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011: Selangor FA lwn Terengganu FA (Separuh Akhir)

Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Apa khabar? Hari ini 18 Oktober 2011 akan diadakan perlawanan antara The Red Giants dengan Skuad Penyu. Sebagai imbasan, Skuad Penyu telah menjinakkan Skuad Kijang atau dikenali sebagai The Red Warriors dalam aksi Suku Akhir Piala Malaysia 2011 dan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan berikutnya dan akan bertemu dengan Selangor FA pada aksi pertama Separuh Akhir Piala Malaysia 2011.
Pasukan Selangor FA atau dikenali sebagai The Red Giants telah menundukkan Skuad Seladang iaitu Perak FA dengan mudah dan membawa harapan agar memenangi Piala Malaysia 2011. Kemungkinan besar pada malam ini, Stadium Shah Alam bakal menjadi tumpuan penyokong Selangor FA dan Terengganu FA. Ia berikutan dengan kekuatan kedua-dua pasukan kerana The Red Giants telah memenangi banyak kali dalam Piala Malaysia manakala Skuad Penyu pula baru sahaja memenangi Piala FA pada tahun ini.
Pada pandangan saya, kedua-dua pasukan ini mampu bersaing dalam pusingan Separuh Akhir dengan sengit kerana tonggak-tonggak utama pasukan tersebut telah mewakili Malaysia ke peringkat global. Apa-apapun kepada penyokong kedua-dua pasukan ini berdoalah demi kejayaan dan kemenangan. Sekian, Wassalam.