Ahad, 30 Oktober 2011

Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan FA Juara!

Assalamualaikum, para blogger. Kali ini ialah kali pertama saya mengubahsuai blog saya ini. Selalunya, saya ubah suai blog saya pada siang hari dan kali ini pula pada larut malam. Apo nak di kato (Dialek Minangkabau (Etnik di Negeri Sembilan)). Apa-apapun Skuad Rusa telah berjaya menundukkan Skuad Penyu hasil jaringan S. Kunalan dan Penjaring Terbanyak & Pemain Terbaik pada malam ini, Hai-O (Hairuddin Omar).
Sebagai imbasan, anak-anak buah Irfan Bakti telah menjaringkan satu gol pada babak pertama namun mereka tidak mampu bertahan lama apabila Skuad Hobin Jang Hobin menjaringkan gol pertama hasil sepakan jauh S. Kunalan yang terkena penjaga gol Terengganu FA, Mohd Sharbinee Allawee. Ia telah membakar semangat Negeri Sembilan FA untuk menjaringkan satu gol dalam masa 5 minit.
Saya amat kagum dengan jaringan gol Hai-O melalui sepakan lipat atau dikenali dengan akrobatik. Pada pandangan saya, pemain-pemain Terengganu FA telah mempamerkan aksi yang terbaik yang disaksikan oleh penyokong dan peminat dari negeri Pantai Timur tidak lupa juga DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang turut memberi sokongan terhadap negeri baginda.
Sebagai konklusi, kepada penyokong dan peminat Terengganu FA, teruskan sokongan anda terhadap pasukan kesayangan anda dan kepada pejuang-pejuang Terengganu FA, teruskan usaha anda dan janganlah berputus asa kerana pada tahun hadapan, anda semua Insyallah akan bersaing kembali bagi memdapatkan Piala Malaysia demi negeri yang tercinta sejak sekian lama tidak memperoleh piala tersebut.
Kepada orang-orang Negeri Sembilan, syabas kerana digelar juara. Baiklah, sekian sahaja ulasan saya pada pagi ini. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan segala yang tidak baik datang daripada saya sendiri. Mohon maaf atas segala ketidaksopanan saya dan terkasar bahasa. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan: