Jumaat, 8 Februari 2013

Niat

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog yang dirahmati Allah SWT. Selamat bercuti kepada sesiapa yang ingin bercuti dan selamat beristirehat kepada sesiapa yang ingin beristirehat. Pada hari ini, marilah sama-sama kita berniat sebelum melakukan sesuatu dengan niat yang baik. Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda:
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب (رضي الله عنه) قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه". (رواه إماما المحدّثين: أبو عبدالله محمـد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري الجعفي، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة).
Maksudnya:
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih,”.
          Oleh itu, kita semua mestilah berniat dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara kerana tanpa niat tidak ada hala tuju kita. Sekian, wassalam.

Selasa, 25 Disember 2012

KONAMI Corporation


Fail:Konami.svg
Konami Corporation (コナミ株式会社 Konami Kabushiki-gaisha)(TYO: 9766 NYSE: KNM SGX: K20) ialah sebuah syarikat pemaju dan penerbit yang popular. Produk-produk mereka termasuklah permainan, trading card, anime, tokusatsu, mesin slot dan permainan video. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah pengurus pembaikian dan pinjaman peti muzik di Osaka, Jepun, oleh Kagemasa Kōzuki, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif hingga sekarang. Nama syarikatnya iaitu "Konami" merupakan gabungan nama-namaKōzuki, Yoshinobu Nakama, Hiro Matsuda, dan Shokichi Ishihara, yang merupakan rakan kongsi Kozuki dan penubuh asal industri Konami Co., Ltd pada tahun 1973. Konami boleh juga bermaksud "gelombang kecil" dalambahasa Jepun.
Konami beribu pejabat di metrapolis Tokyo dan mengendali kelab-kelab kesihatan fizikal di Jepun.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum, salam sejahtera saya ucapkan. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin dan sekiranya saya ada buat salah, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas perkara tersebut. Terima Kasih.

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sudah lama saya tidak menjenguk blog ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Ramadhan Karim! Manfaatkan bulan ini dengan melakukan amal ibadah dan banyakkan berdoa kerana pada bulan inilah Allah SWT mudah memakbulkan doa hamba-Nya. Insyallah. Sekian, Wassalam.

Sabtu, 12 November 2011

Malaysia Juara Piala Hoki Sultan Johor (2011)

Assalamualaikum, para blogger dan salam sukan. Pada malam ini, Pasukan Hoki 19 Tahun Malaysia telah memenangi Piala Hoki Sultan Johor edisi pertama dengan menundukkan Australia 3 - 2. Keseluruhan perlawanan ini begitu sengit dengan asakan kedua-dua pasukan dan juga beberapa cubaan gol Australia di hadapan pintu gol Malaysia yang ditempis oleh penjaga gol kebangsaan.
         Sebelum ini, Malaysia telah ditewaskan oleh Australia dalam Piala Sultan Azlan Shah yang lalu namun kekalahan tersebut telah membakar semangat pemain-pemain hoki kebangsaan untuk merangkul sebagai juara Piala Hoki Sultan Johor ini. Saya berharap agar sukan hoki bekembang maju dan kedudukan pasukan Malaysia meningkat di peringkat antarabangsa. Hidup Malaysia! Sekian, Wassalam.