Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum, salam sejahtera saya ucapkan. Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin dan sekiranya saya ada buat salah, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas perkara tersebut. Terima Kasih.

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum, apa khabar semua? Sudah lama saya tidak menjenguk blog ini. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Ramadhan Karim! Manfaatkan bulan ini dengan melakukan amal ibadah dan banyakkan berdoa kerana pada bulan inilah Allah SWT mudah memakbulkan doa hamba-Nya. Insyallah. Sekian, Wassalam.

Sabtu, 12 November 2011

Malaysia Juara Piala Hoki Sultan Johor (2011)

Assalamualaikum, para blogger dan salam sukan. Pada malam ini, Pasukan Hoki 19 Tahun Malaysia telah memenangi Piala Hoki Sultan Johor edisi pertama dengan menundukkan Australia 3 - 2. Keseluruhan perlawanan ini begitu sengit dengan asakan kedua-dua pasukan dan juga beberapa cubaan gol Australia di hadapan pintu gol Malaysia yang ditempis oleh penjaga gol kebangsaan.
         Sebelum ini, Malaysia telah ditewaskan oleh Australia dalam Piala Sultan Azlan Shah yang lalu namun kekalahan tersebut telah membakar semangat pemain-pemain hoki kebangsaan untuk merangkul sebagai juara Piala Hoki Sultan Johor ini. Saya berharap agar sukan hoki bekembang maju dan kedudukan pasukan Malaysia meningkat di peringkat antarabangsa. Hidup Malaysia! Sekian, Wassalam.

Bola Sepak : Sukan SEA ke-26 (2011) [Palembang / Jakarta , Indonesia]

Assalamualaikum, pembaca blog sekalan. Setelah lama saya bercuti, kini saya kembali fokus kepada menulis blog dan kini Sukan SEA telah mula berlangsung. Apa-apapun, Malaysia sudah mengumpul 4 mata iaitu seri 0 - 0 dengan Singapura dan menang ke atas Thailand 2 - 1. Walaupun berada di kumpulan maut, Malaysia mesti menang ke atas Kemboja (Cambodia) dengan menyumbat gol yang banyak.
         Sama-samalah kita, penyokong pasukan tanah air yang berada di Malaysia menyaksikan perlawanan ini pada esok hari jam 5 petang. Jangan tonton perlawanan bola sepak sahaja, tonton jugalah acara-acara lain yang disertai atlet-atlet Malaysia yang disiarkan di peti televisyen di rumah anda. Baiklah, sekian sahaja, Wassalam.

Ahad, 30 Oktober 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara!

Ya Allah! Baru sahaja saya menambah petikan ringkas dan Datuk Lee Chong Wei dapat menundukkan K. Tago dari Jepun 21-16 21-11. Apa-apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya tidak akan mengubahsuai dan tidak mendaftar masuk blog saya ini dari hari ini hingga hari Khamis kerana saya akan bercuti! Sekian, Wassalam!