Sensei dan Wasiatnya
Di dalam Bab 3 – Sensei dan Wasiatnya, hampir keseluruhan cerita di dalam bab 3 adalah berkisarkan tentang suratnya yang dihantar kepada penulis. Surat itu menceritakan tentang riwayat hidup Sensei. Di dalam bab ini, ianya menggunakan teknik imbas kembali di mana membawa penulis dan pembaca kembali ke masa silam. Di dalam surat tersebut telah diceritakan beberapa peristiwa penting yang mempengaruhi kehidupan Sensei.
Dalam suratnya, Sensei memohon maaf kerana tidak dapat mencarikan pekerjaan “Aku” di Tokyo kerana sibuk menulis surat ini. Sebagai permulaan surat, Sensei menyatakan bahawa ibu bapanya merupakan seorang yang kaya. Malangnya, ibu bapanya mati akibat penyakit tifoid semasa beliau belum mencecah dua puluh tahun. Bapa saudaranya yang telah menguruskan segala maklumat penting berkenaan dengan harta ibu bapanya semasa Sensei belajar di maktab. Setibanya Sensei di rumah, keluarga bapa saudaranya sudah pun berpindah ke rumah itu. Sensei dipaksa berkhawin dengan sepupunya. Hal ini merupakan satu cara bapa saudaranya membolot harta peninggalan bapa Sensei. Sensei menuntut sebahagian harta peninggalan bapanya dan terus berpindah ke Tokyo. Sensei telah meminta tolong sahabatnya untuk menguruskan penjualan harta.
Kemudiannya, Sensei pun menetap di sebuah rumah di Koishikawadai yang dihuni oleh dua orang wanita. Sensei dilayan seperti sebahagian dari keluarga tersebut. Perwatakan mereka sungguh menyenangkan dan hubungan mereka semakin erat. Kadang-kadang Sensei merasakan layanan itu adalah dengan tujuan Sensei dapat merapati anaknya seperti yang telah dilakukan oleh bapa saudara Sensei. Sensei telah jatuh cinta pada anak Okusan, iaitu Ojosan.
Sensei telah mengajak atau lebih tepat memaksa rakan baiknya sejak kecil, K untuk tinggal di rumah tersebut, berikutan K telah dihalau oleh keluarga angkatnya. Namun K dilihat sebagai penghalang dan pesaing utama Sensei dalam memenangi hati Ojosan. Sensei kerap kali melihat Ojosan berbual dengan K dan semakin lama mereka semakin rapat. Hal ini menjadikan Sensei kurang senang.
Pada suatu hari, Sensei berbual dengan K berkenaan dengan Ojosan danhal ini memberi konflik antara perhubungan mereka. Akhirnya, tanpa pengetahuan K, Sensei telah menyuarakan suara hatinya ingin mengahwini Ojosan. Selang beberapa ketika, Okusan memberitahu tentang hasrat hati Sensei kepada K. K menerima berita itu dengan tenang sambil melakarkan senyuman. Malah, K mengucapkan tahniah kepada Sensei. Pada malamnya, K telah membunuh diri dengan memotong pergelangan tangannya.
Sensei menjalankan tanggungjawabnya dengan mengebumikan K di perkuburan Zoshigaya. Sensei selepas itu pindah di rumah yang didukinya sekarang dan dia graduasi dua bulan selepasnya. Tidak lama kemudiannya, Sensei dan Ojosan berkahwin. Kebahagiaan yang diharapkan oleh Sensei tidak sama sekali dikecapinya selepas berkahwin. Setiap kali dia memandang wajah isterinya, dia pasti akn teringat akan K. Kadang kala Sensei menjadi mabuk kerana terlampau banyak minum minuman keras akibat daripada memikirkan keresahan dalam hatinya. Kemudian, ibu mertua Sensei meninggal dunia. Walaupun pada Sensei dia telah mencurahkan segala kasih sayangnya akan isterinya, tetapi dia dapat merasakan keraguan isterinya terhadap Sensei sendiri, seolah- olah dia telah menyembunyikan sesuatu daripada perempuan itu. Sensei menyatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Ojusan tentang apa yang berlaku dahulu kerana dia tidak mahu Ojusan merasai apa yang dia rasai sekarang. Pada Sensei satu-satunya jalan yang paling mudah sekali ialah dengan menamatkan riwayatnya kerana dia rasa dia menyusahkan Ojusan.
Pada pertengahan musim panas, Maharaja Meiji mangkat. Sensei memberitahu isterinya bahawa dia sepatutnya pergi bersama-sama Maharaja Meiji. Sensei suadah bertekad untuk meninggalkan isterinya. Dengan menyatakan bahawa isterinya selamat bersama saudaranya yang lain, dia menamatkan suratnya dan menyatakan sejurus surat ini tiba ke tangan “Aku”, maka Sensei sudah tiada lagi di dunia ini. Sensei juga menyuruh “Aku’ supaya merahsiakan hal ini kepada isterinya, Ojusan kerana tidak mahu mengecewakan isterinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan