Aku dan Orang Tuaku
Bab ke-2 dalam novel kalbu mengisahkan “Aku” kembali ke kampungnya menemui orang tuanya. Ayahnya begitu gembira atas kejayaan “Aku” merangkul segulung ijazah dan bercadang untuk membuat satu majlis menyambut kejayaan tersebut. “Aku” berpendapat pemikiran ayahnya begitu kolot sehingga membangga-banggakan kejayaan “Aku”. Selang beberapa hari, berita tentang Maharaja Meiji yang sakit tersebar dengan cepatnya ke seluruh Jepun menerusi media cetak. Lantaran itu, ayah “Aku” mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis itu sebagai menghormati Maharaja Meiji. Ayah “Aku” mula menyedari tentang penyakit yang membebaninya. Setiap hari, ayah “Aku” akan menunggu surat khabar untuk mengikuti perkembangan tentang kesihatan Maharaja Meiji. Setelah kematian Maharaja Meiji, semangat ayah “Aku” semakin luntur dan kesihatannya bertambah teruk. Dia beberapa kali pengsan semasa berjalan di sekitar rumahnya.
Akhirnya, doktor telah menyatakan bahawa ayah “Aku” sudah tiada harapan lagi untuk terus hidup. Dia terlantar nazak menunggu kematian. Seluruh keluarga dan saudara mara telah dipanggil untuk menjaga ayah “Aku” setiap malam. Pada masa yang sama, “Aku” telah menulis surat kepada Sensei untuk menyatakan tentang kesihatan ayah “Aku”. Demi menenangkan kegelisahan ibu dan ayah “Aku”, “Aku” turut menulis surat kepada Sensei bertanyakan tentang pekerjaan “Aku” di Tokyo. Namun, semua surat yang dihantar tidak dibalas oleh Sensei. Kesihatan ayah “Aku” bertambah rumit.
Akhirnya, surat Sensei tiba di tangan “Aku”. Suratnya begitu tebal dan menpunyai banyak helaian. Surat itu tidak mengandungi jawapan kepada pertanyaan “Aku” mengenai pekerjaan di Tokyo. “Aku” meneliti surat yang tebal itu secara ringkas ketika berada di dalam bilik bapanya. Setelah meneliti surat tersebut, “Aku” terkejut mendapati Sensei menyatakan “ ketika kau membaca suratku ini, aku mungkin sudah tiada lagi di dunia ini”. Kenyataan itu tertulis pada perenggan terakhir surat tersebut. Sensei turut menyatakan bahawa dia akan menceritakan pengalaman pahitnya menerusi surat tersebut, kerana tiada berkesempatan untuk menceritakannya secara lisan.
Kemudian, “Aku” berjalan menuju ke bilik ayahnya untuk bertanyakan tentang keadaan ayahnya. Kemudian, “Aku” menuju keluar ke pintu belakang untuk ke rumah doktor untuk bertanyakan tempoh ayahnya dapat bertahan sebelum meninggal dunia. Malamgnya, doktor tiada di rumah. Kemudian, “Aku” menaiki sebuah beca menuju ke stesen kereta api. “Aku” sempat mengirimkan sedikit nota untuk ibunya dan menyuruh pembonceng beca tersebut menghantarnya. “Aku” pun menaiki kereta api tersebut dan menuju ke Tokyo. Sepanjang perjalanan, “Aku” membaca surat Sensei dari awal sehingga tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan