Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Inginku coretkan luahan hatiku tentang sebuah pengalaman yang ku alami dengan nama Allah S.W.T. yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Sebuah kisah yang ku tulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan daripada seseorang hamba Allah S.W.T. yang ku kenali di sebuah institusi pengajian yang terletak di Selatan Selangor.
Ku kenali sahabatku ini sejak awal penggal semester satu di mana beliau amatlah menarik minatku untuk bersahabat dengannya. Berbeza dengan rakan-rakanku sekelas dan juga se'batch', beliau mulanya merupakan seorang periang dan menyerlah di kelasnya. Setiap pagi, beliau selalu datang awal ke kelas untuk menyapu sampah dan memadam papan putih.
Sering kali ku menyapa beliau rajin dan memberi harapan agar beliau menjadi seorang suami yang mithali suatu hari nanti. Kelakar, namun itulah doaku padanya. Setiap kali guru memasuki kelas, beliau akan membuka pintu dan memberikan laluan kepada guru dan sering bertanyakan khabar kepada guru sehinggakan ada gurunya memarahinya kerana sering bertanyakan soalan yang sama.
Usai kelas tamat, beliau akan membuka pintu kepada guru untuk keluar dan beliau juga merupakan orang yang terakhir keluar dari kelas tersebut. Orang kata beliaulah 'tuan' kelas tersebut. Apabila diberi tugasan oleh guru, beliau sahajalah yang akan menyiapkan dahulu. Guru bagi kerja hari ini, hari itu juga beliau siapkan. Ada sahaja discussion, beliau yang akan menghangatkan kumpulan diskusi tersebut.
Namun, semakin lama ku renungi beliau, prestasi beliau kiat merundum. Beliau kelihatan lemah. Beliau kelihatan seolah-olah kehilangan sesuatu. Aku pun menghampirinya dan bertanyakan keadaan beliau. Perangainya di kelas seperti awal semester kian pudar dan rakan-rakan sekelasnya khuatir apa yang telah terjadi padanya. Beliau sering jatuh sakit dan kian menyendiri di kamarnya.
Aku mengetuk pintu biliknya. Dna membukanya dan mempelawaku masuk. Setelah bertanyakan perihal tugasan dan ulangkaji, ku bertanyakan keadaan beliau. Aku boleh nampak dengan jelas. Beliau sering mengelak dari bercerita tentang dirinya. Beliau sering mencuba mengalihkan perhatian dengan berceritakan tentang keadaan kolej, isu semasa dan sebagainya.
Akhirnya, aku bertegas dan dia pun menyerah. Beliau kemudiannya berterus terang akan situasi dan konflik dalaman yang dihadapinya sendiri tanpa pengetahuan orang lain selain aku. Beliau, berceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarganya. Ayahnya, dipenjarakan dan adik-adiknya terbiar di rumah. Tiada sesiapa yang menjaga adik-adiknya di rumah melainkan neneknya.
Baruku tahu, ibunya telah pergi meninggalkannya sejak beliau di bangku sekolah kerana penyakit radang paru-paru. Aku menangis di dalam hati apabila mendengar corat-coret kisah hidupnya kerana ku tahu beliau merupakan seorang yang ceria dan peramah dan prihatin. Beliau sering menggembirakan hati sahabat-sahabatnya yang menimpa kesusahan. Beliau sering belanja rakan-rakan kelasnya di kafe.
Ku sedar bahawa beliau mengalami 1001 kesusahan dan menghadapinya keseorangan. Beliau mententeramkan dirinya dengan menghadap Allah S.W.T. dan meminta bantuan serta pertolongan dari-Nya. Beliau sering kali membaca Al-Quran pada waktu malam di kamarnya dan rajin bertahajjud untuk memohon bantuan dan kasih daripada Tuhan beliau.
Mengapakah aku sering kali mengaduh kesakitan yang ku hadapi selama ini walau ianya sebesar jari kelingkingku? Mengapa aku mengeluh apabila ditimpa ujian seperti tugasan yang banyak diberikan oleh guru? Mengapa aku sering merasakan penat apabila diberi ujian yang kecil oleh Allah S.W.T.? Mengapa aku masih tidak bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T. berikan kepadaku?
Kemudian, beliau pun menceritakan rahsia disebalik persahabatan yang beliau jalinkan bersama dengan seorang rakan sekelasku. Beliau mengenali perempuan ini sejak semester pertama di kolej. Beliau dan gadis ini berkenalan dan berkongsikan masalah dan cerita bersama-sama. Mereka saling membantu antara satu sama lain dan sering bertukar-tukar hadiah apabila ada kesempatan.
Benarlah, dunia percintaan ini kian mekar pada zaman remaja. Namun, ku dengarkan sahaja cerita beliau. Beliau dan gadis ini mempunyai minat, haluan dan pemikiran yang sama. Bak kata orang, bagai pinang dibelah dua. Kelakar. Setelah lama beliau dipressure dengan masalah keluarga beliau serta kondisi kesihatan beliau, beliau sering menceritakan kepada gadis ini.
Namun, nak diringkaskan cerita gadis ini terpaksa meninggalkan beliau atas urusan peribadi yang menyebabkan gadis tersebut tidak dapat menyambung pengajian di kolej ini. Beliau amatlah sedih dan sering kali tidak berputus asa memberikan harapan baharu kepada gadis tersebut. Namun, keadaan semakin menjadi teruk apabila gadis tersebut meninggalkan beliau tanpa berhubungan dengan beliau.
Akhirnya, beliau pun bersendirian dengan keadaan yang teruk dan amat menyedihkan. Ku amat bersimpati akan keadaan beliau dan ku cuba berikan semangat yang baharu kepadanya. Oleh itu, dalam sesebuah persahabatan adanya percintaan yang akan menjalinkan tautan ukhuwah atau silaturrahim antara insan yang bergelar umat Nabi Muhammad S.A.W..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan