Ahad, 10 Februari 2013

Cinta

Assalamualaikum, apa khabar saudara dan saudari pembaca blog. Saya akan berkongsi dengan anda semua tentang cinta. Cinta, perkara yang selalu didengari oleh kita semua. Sama ada cinta sesama manusia mahupun harta benda dan kepada tuhan masing-masing. Baiklah, saya mengajak anda semua agar bercinta kepada lima perkara iaitu:

  1. Allah SWT
  2. Rasulullah SAW
  3. Ibu Bapa
  4. Ummah
  5. Kecemerlangan
          Saya tidak tahu adakah anda semua telah mengetahui cinta lima perkara ini ataupun tidak. Namun, kita sepatutnya mencintai lima perkara ini. Cinta yang utama ialah cinta kepada Allah SWT. Jikalau kita mengabaikan cinta ini, maka seluruh perbuatan kita tidak diredhai Allah SWT oleh sebab bagindalah yang menciptakan kita semua ini.

          Selain itu, cinta kepada Rasulullah SAW perlu ada pada kita. Walaupun Rasulullah SAW telah wafat, namun segala perjuangan baginda telah menyebabkan kita semua lahir dalam Islam dan In Sha Allah kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT kerana Rasulullah SAW sangat menyayangi umat baginda iaitu kita semua.
          Cinta kepada ibu bapa kadangkala dilupai oleh kita disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah, sibuk dengan kerjaya masing-masing, keluarga masing-masing dan lain-lain faktor. Akan tetapi, ibu bapalah yang melahirkan kita dan menjadikan kita semua orang yang berjaya. Mereka telah bersusah payah mengorbankan tenaga, masa, wang semata-mata untuk membesarkan kita semua.
          Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata bahawa jika kita tidak mengakibatkan ibu bapa kecil hati kepada kita, kita akan tergolong dalam golongan anak derhaka. Oleh itu, mencintai ibu bapa ketika mereka hidup mahupun meninggal dunia perlu kita lakukan. Jangan sesekali kita menjadi anak derhaka yang juga tergolong dalam golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka 'Jahanam'.
          Di samping itu, cinta kepada ummah bermaksud mencintai antara satu sama lain. Contohnya, kita mencintai saudara-saudara Islam kita di mana-mana sahaja. Kita boleh membantu mereka yang susah seperti menghulurkan bantuan kewangan, makanan dan lain-lain. Selain itu, kita juga boleh mendoakan mereka yang ditindas oleh orang-orang zalim yang tidak boleh dibantu dengan diri sendiri.
          Islam juga menegaskan bahawa kita mestilah mencintai kecemerlangan kita. Hal ini kerana, Islam mengajak kita agar berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, saudara dan saudari sekalian, marilah kita sama-sama mencintai lima perkara ini demi menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Sekian, wassalam.

Tiada ulasan: